Puisi utk Sahabat…
Kawan,
Di kala kita kesorangan,
Kaku dan sepi
Tak berungkai kesedihan yang terbuku
Entah mengapa cukup sukar untuk mengungkai
Persoalan dan kemusykilan yg terbenam
Sejak kau hadir di sisi aku…bersama mengubat ketika derita
Berkongsi rasa yang sama
Yang sebelum ini hanya aku yang merasainya……
Kawan,
Damai embun bayu
Mengusik sanubari yang adakala nya termanggu
Mengapa perpisahan….mengapa penakhiran yg sering berlaku
Sering ku tapis omongan minda
Ku lempar jauh cetusan hati
yg berkata kesunyian jua yang bertahta….
Mengapa aku tak bias
Hadapinya dengan terbuka……….
Kawan,
Genggam laa janji kita….
Erat setia bersama akhirnya
Saling bersama, saling membina
Bahagia, kerjaya, kemegahan bersama.
Pinta dipanjangkn tali itu
Biar lebih erat jadinya
Memegang erti persahabatan kita
Yang terjalin, yang terpaut
Moga tak akan terlerai selamanya…………..
Kawan,
Terima kasih kerna masih setia bersama
Bersama jua berdepan dengan onak duri
Bergandingan merentas ranjau
Tak tegar aku ranapkan segala makna persahabatan
Tidak mahu aku matikan segala kenangan..
Yang terindah ketika bersamamu….